CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, 18 February 2014

Malaysian Writers 

POETRY

Amirul Fakir, Perak - Fosil



MEA CULPA ialah kumpulan cerpen Amiruddin Hussin atau lebih dikenali sebagai Amirul Fakir, memuatkan 13 cerpen absurd yang menyelongkar pertembungan dalaman manusia dan meneroka pertentangan yang timbul akibat kekeliruan dalam jiwa.

FOSIL ialah kumpulan puisi Amirul Fakir yang menghimpunkan 40 karya yang sarat dengan falsafah dan unsur Islam sekali gus mewakili pandangan penyair terhadap penyelewengan manusia serta merakam kebenciannya terhadap gejala sosial.



RES JUDICATA ialah sebuah antologi yang menghimpunkan karya-karya yang telah dinobatkan sebagai pemenang hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010, iaitu ; 9 buah cerpen, 9 buah puisi, dan dua rencana sastera.

Karya-karya dalam antologi ini memperlihatkan keberanian penulis generasi baharu meneroka dan memugar persoalan besar serta kompleks dengan pandangan sejagat dan berideologi. Pengarang juga bijak mengeksploitasi isu semasa seperti peminggiran identiti nasional termasuklah bahasa, sosiobudaya, ekonomi dan politik dengan langgam bahasa yang ekspresif.

Karya-karya dalam antologi ini dipersembahkan secara berseni, mencuit naluri dan merangsang penaakulan pembaca.

"Res Judicata: yang dipilih menjuduli antologi ini menghantar mesej perundangan yang disampaikan dengan teknik pengolahan yang segar dan pengisian mesej yang bercorak egalitarian - memperjuangkan keadilan bagi masyarakat.


Laporan Panel Penilai Kategori Cerpen, Puisi serta Kajian dan Rencana Sastera dan Cerpen

Senarai Cerpen

1 Benarlah Kata Angin Itu, dan Saya Menerushan Perjalanan - Mawar Shafei
2 Emas Jadi Batu Padi Jadi Pasir - Zaharah Nawawi
3 Harimau Musim Rontoh Foochow - Rahimah Muda
4 Jantung Jentayu di Kampung Sawah - S. M. Zakir
5 Kaduk, Ayam dan Raja - Zurinah Hassan
6 Orang Budiman dan Negeri Seribu Gunung - Mohd Lutfi Ishak
7 Pesta Tarik Tali di Musim Gugur - Aminah Mokhtar
8 Res Judicata - Aidil Khalid
9 Telaga di Puncak Gunung - Muhammad Ali Atan

Senarai Puisi

1 Aku Ingin Melukis Cantik Negeri -Shahrunizam A. Talib
2 Ingatan kepada Kawan - Zaen Kasturi
3 Kemboja - S. M. Zakir
4 Orang Dagang - Lutfi Ishak
5 Pantul - Mohamad Hafiz Abdul Latif
6 Penyair, Cinta dan Sebuah Masjid - Ghazali Lateh
7 Pertanyaan Berkaca - Amirul Fakir
8 Posmen dan Bahasa - Marjan S
9 Sebilah Pedang di Dada Rom - Fahd Radzy

Kajian & Rencana Sastera

Estetika Alam Sekitar dalam Puisi - Amida Abdul Hamid
Sindrom Mediocrity dalam Sastera - S. M. Zakir

-sumber: http://www.ujanailmu.com.my/

Amiruddin Md Ali Hanafiah, Johor - Warkah Kepada Generasi 


      Amiruddin Md Ali Hanafiah merupakan salah seorang penulis di Malaysia yang berasal dari negeri Johor.
Amiruddin Md Ali Hanafiah dilahirkan di Kampung Awat, Batu Anam, Segamat pada 12 November 1965. Dia mendapat pendidikan awal di Johor dan di Kota Bharu, Kelantan. Kemudian beliau mendapat pendidikan menengah di tiga buah sekolah di Kota Tinggi, Johor. Seterusnya beliau mengikuti kursus perguruan di Institut Bahasa, Kuala Lumpur pada tahun 1987-1989 dan memperoleh Diploma Perguruan Khas (Kesusasteraan Melayu) di Maktab Perguruan Raja Melewar dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Universiti Malaya.
     Amiruddin Md Ali Hanafiah sangat aktif berpersatuan dan telah memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri dan kebangsaan. Beliau juga pernah menerajui Persatuan Penulis Johor (PPJ) sebagai Ketua II dan pada tahun 2005, sebagai Ketua Satu sehingga kini. Beliau juga merupakan ahli jawatankuasa GAPENA dan PENA.

Ghazali Lateh, Kedah - Salju

Nama sebenar/samaran/pena: Ghazali Lateh
Tarikh lahir: 15 Mac, 1961
Tempat lahir: Kampung Bukit Nibung, Bukit Jenun, Kedah
Latar belakang pendidikan: SK. Bukit Jenun, SM. Guar Cempedak, Maktab Perguruan Kinta, UPM
Genre penulisan: cerpen, novel, puisi, esei dan berita
Hasil karya penulisan kreatif: Cerpen Anak-anak Pejuang, puisi/sajak Sebuah Pesanan, novel Dari Lembah ke Puncak
Anugerah pernah diterima: Tempat pertama Pertandingan Menulis Puisi Selangor, 2003. Tempat kedua Hadiah Sastera Berunsur Islam ke-IX ( cerpen ). Hadiah pertama pertandingan Menulis Puisi Alam Sekitar 1998. Hadiah Sastera Kumpulan Utusan. Hadiah Puisi Karyanet. Beberapa kali memenangi hadiah pertama pertandingan menulis cerita kanak-kanak.

sumber : http://azmar-pb.blogspot.com/

NOVEL
Damya Hanna, Selangor - Bicara Hati



Damya Hanna lahir pada 20 Oktober 1982. Merupakan anak kelima dari tujuh orang adik-beradik. Baru sahaja menamatkan pengajiannya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dalam jurusan perakaunan. Minat Damya Hanna dalam bidang penulisan bermula ketika dia masih bersekolah rendah lagi. Cuma penyampaian ceritanya ketika itu lebih menjurus pada golongan kanak-kanak. Ketika di peringkat matrikulasi, minat menulis masih belum membara sepenuhnya tetapi masih berterusan menulis dan sering meminta pendapat rakan-rakan tentang ceritanya. Sehinggalah di peringkat universiti, minat itu semakin hari semakin menyala dan di situlah segalanya bermula. Damya Hanna pernah muncul dengan dua novelnya sebelum ini iaitu BICARA HATI dan SEPI TANPA CINTA. Memandangkan minatnya dalam dunia penulisan tidak pernah padam, Damya Hanna kembali dengan novel ketiganya, SAAT CINTA BERSEMI. Harapan dan impian Damya Hanna, dia ingin terus berjaya dalam bidang yang diceburi. Bukan sahaja dalam bidang ilmuan untuk menjadi seorang akauntan tetapi juga untuk menjadi seorang penulis yang prolifik dan disenangi ramai. 


sumber : http://www.alaf21.com.my/penulis/?idWriter=24


Faisal Tehrani, Kuala Lumpur - Surat-Surat Perempuan Johor


Faisal Tehrani is the pen name of Mohd Faizal Musa is a novelist from Malaysia.[1] He was born on August 7, 1974 at Hospital Kuala Lumpur and grew up in Malacca, Malaysia. This novelist has won prizes and awards, including the prestigious Anugerah Seni Negara in 2006.

His Published Works
1515
1511H Kombat
Perempuan Politikus Melayu
Detektif Indigo
Advencer Si Peniup Ney
Bedar Sukma Bisu
Cinta Hari-Hari Rusuhan
Ikan, Fugu, Lukisan dan Jimson
Maaf Dari Sorga
Rahsia Ummi
Surat-Surat Perempuan Johor
Tunggu Teduh Dulu
Bila Tuhan Berbicara
Tuhan Manusia
Nama Beta Sultan Alauddin
Manikam Kalbu
Karya Nan Indah
Karbala
Detektif Indigo Kembali
Saasatul Ibaad
Sebongkah Batu di Kuala Berang


Lee Su Kim, Kuala Lumpur - Kebaya Tales



Lee Su Kim is the author of nine books including two bestsellers, Malaysian Flavours: Insights into Things Malaysian and Manglish: Malaysian English at its Wackiest. Both books have sold more than 10,000 copies each and are still in demand by both Malaysians, international students and expats living in Malaysia as well as gifts for Malaysians living abroad.

Her book, A Nyonya In Texas: Insights of a Straits Chinese Woman in the Lone Star State (2007) is a hilarious account of crosscultural encounters between East and West.

She has authored texts and resource books on writing, grammar and short stories for secondary children, and is Chief Editor of 3 books including Border Crossings: Moving across Languages and Cultural Frameworks ( 2007).

Su Kim has recently published her debut collection of short stories called Kebaya Tales : of Matriarchs, Maidens, Mistresses and Matchmakers ( 2011), inspired by real-life events from the unique Straits Chinese community. Available in all major bookstores in Malaysia and Singapore.

Dr. Lee Su Kim is Associate Professor of English at the School of Language Studies and Linguistics, Universiti Kebangsaan Malaysia. She holds a B. Arts (Hons) degree in English, Diploma in Education (TESL) and Masters in Education from the University of Malaya, Kuala Lumpur, and a Doctorate in Education from the University of Houston.

She is a founder member and the first woman President of the Peranakan Baba Nyonya Association of Kuala Lumpur & Selangor. She was a columnist for The Star, a leading English newspaper in Malaysia for three years. She was an invited writer to the prestigious Ubud Writers & Readers Festival at Ubud, Bali, 2009.


SHORT STORIES 

Lee Kok Liang, Penang - Ronggeng-Ronggeng



Lee Kok Liang was born in Alor Star, Kedah in Western Malaysia. He was educated in Chinese and English schools and later studied at the University of Melbourne where he first published his writing. Lee moved to London in 1952 and studied for the Bar. In 1954 he returned to Malaysia where he practiced law and became a politician and social activist.

His published fiction includes The Mutes in the Sun (1964), which includes two short stories first published during his time in Australia; Flowers in the Sky (1981); and Death is a Ceremony (1992). While none of his fiction is set in Australia, his posthumously published novel London Does Not Belong to Me (2003) includes Australian expatriate characters.

All Works by him

 Mutes in the Sun : and Other stories Lee Kok Liang , Kuala Lumpur : Rayirath (Raybooks) Publications , 1963 selected work short story novella
 London Does Not Belong to Me Lee Kok Liang , S. C. Harrex (editor), Bernard Wilson (editor), Petaling Jaya : Maya Press , 2003 novel
 Melbourne University Magazine MUM July Lee Kok Liang (editor), Gareth Moorhead (editor), 1951 periodical issue
Ami to Fu Lee Kok Liang , 1951 short story
— Appears in: Melbourne University Magazine , July 1951; (75-83) Mutes in the Sun : and Other stories 1963; (163-181) Mutes in the Sun : and Other stories 1974; (129-143)
The Pei-Pa Lee Kok Liang , 1950 short story
— Appears in: Melbourne University Magazine 1950; (22-28) Mutes in the Sun : and Other stories 1963; (39-52) Mutes in the Sun : and Other stories 1974; (31-41)

sumber : http://www.austlit.edu.au/austlit/page/A19904

Shivani Sivagurunathan, Negeri Sembilan - The Bat Whisperer

Shivani Sivagurunathan is a Malaysian fiction writer and poet. Her creative work has been published in numerous international journals including "Anon", "Flash", "Cha : An Aisan Literary Journal" and "Agenda". Her poetry Chaiaroscuro was published by Bedouin Books in 2010. 
 Born in Kuala Lumpur and raised in Port Dickson, she spent eight years in the UK where she studied comparative literature. She now lives in Malaysia and lectures at The University of Nottingham.

sumber : http://www.soas.ac.uk/cseas/events/seminars/04oct2011-reading-of-coal-island.html




DRAMA

Adiwijaya - Mangli, Kisah Gadis, Rancangan Hari Jadi Terhebat Adli

Adiwijaya started in theatre in 2003 as an actor but eventually, He began writing for stage in 2008, with Mangli, a short piece that later was included as part of a double bill, Kisah Gadis. His first full feature, Rancangan Harijadi Terhebat Adli, was staged in 2010. In 2009, his script, Allah won best script at the Short and Sweet festival. 

Maya Tan Abdullah - Life's A Twitch, Wacky Bar

Maya Tan Abdullah had 2 plays staged” –  ’Life’s A Twitch’ at the Short & Sweet Festival 2009 and ‘Wacky Bar’ staged by PJ Live Arts, also in 2009, starring in no particular order –  Daphne Iking, Amber Chia, Patrick Teoh, Joanne Kam and many other talented actors – and ‘Dunia Lelaki’ will be her third piece to be staged. She also had her short stories published in Esquire Magazine and anthologies such as the newly launched, ‘KL Noir – White’ by Fixi. 

Shemaine Othman - Just Married, Wati dan Puan



She had written two short plays for Short + Sweet 2008 and 2009 (Just Married and Wati dan Puan.) She also had written two short films, Love Story (for Ikal Mayang) and Cuak: The Couple, which is part of the Cuak feature movie produced by Garang Pictures.  For TV, she also wrote comedy sketches for The Disko Baldi Show which aired on 8TV mid-2013. 

sumber : http://www.emmagem.com/v1/article/personalities-of-the-week-adiwijayamaya-tan-abdulah-shamaine-othman-and-naa-murad/

OTHERS

Mas Adeki, Johor - Gurindam Tonggak Dua Belas



Mas Adeki ialah nama pena Mohd Sidek Bin Mohd Dollah. Dilahirkan pada 15 Ogos 1950 di Simpang Rengam, Johor. Mendapat pendidikan awal di Sk. Simpang Rengam dan Sekolah Menengah SES Kluang Johor. Berkhidmat sebagai anggota Polis, Skuad 69 PDRM, Pasukan Polis Hutan, Briged Tengah, tahun 1969 hingga 1975. Beliau pernah bertugas di perbatasan Malaysia - Thailand dan Sabah Sarawak.

Beliau menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Bahasa (MPB/LI) Kuala Lumpur. Seterusnya menjadi guru Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu. Pada tahun 1986 beliau memperolehi kelulusan Ijazah Bacelor Pendidikan Pengajaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pertama dan Kesusasteraan Melayu dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM).

Mohd Sidek Bin Mohd Dollah pernah menjadi anggota polis, guru, penyelia petang, penolong kanan kemudian menjawat jawatan pengetua sekolah. Di samping itu, beliau sering dijemput memberi ceramah motivasi yang bertemakan Kecemerlangan Pelajar, Keibubapaan dan Profesion Perguruan.


"Lautan Kasih Berpantai Sayang" - Mas Adeki memuatkan 37 koleksi gurindam belian yang kedua. Beliau sesungguhnya telah dianugerahi bakat dalam bidang penulisan puisi untuk merakamkan catatan dan pengalaman hidup merentasi kemanusiaan sejagat terutamanya dalam genre penulisan puisi gurindam. Gurindam-gurindam beliau mengandungi nasihat dan pengajaran melalui bait-bait kata yang indah untuk dihayati oleh pembaca.

sumber : http://masadeki.blogspot.com/2010/03/biodata.html







1 comments:

Mohd Fahmy Izzudin said...

I m very interested to know more about Faisal Tehrani. Could you write a post on him?